Quantcast
Channel: n e y r a
Viewing all articles
Browse latest Browse all 31

Sebab mengapa anda perlu menjadi SINGLE

$
0
0

kalau bercinta perlu ke bangga? perlu ke menunjuk? tergedik sana sini bergesel macam kucing gatal antara satu sama lain? tahukah anda, jadi single adalah lebih cool dari couple? dibawah adalah antara sebab-sebab mengapa anda perlu menjadi single...

1. Bebas dan berdikari
Nak shopping ke, pergi mana ke tak payah fikir macam-macam. bila rasa bosan, terus pergi mana yang kita suka dan apa yang kita nak buat. nak beli baju baju, potong rambut ke, nak beli handphone baru ke, tak perlu mintak izin or nasihat pasangan. bukan dah sah suami kita atau isteri kita sibuk nak mintak izin bagai kan? BEBAS untuk buat apa sahaja tanpa perlu fikir komitmen yang ada. nak keluar lepak dengan kawan-kawan dan berkenalan dengan ramai kenalan baru juga tak perlu ada rasa risau pasangan kita rasa cemburu.

2. Jadi rakan yang baik
siapa kata takde couple kita membosankan? banyak masa terluang itu boleh kita luangkan bersama rakan-rakan. pergi shopping sama-sama, tengok wayang ke, buat aktiviti berfaedah sikit kan? sekurang-kurangnya boleh erat kan lagi hubungan antara rakan-rakan. masa ni lah kita nak kenal siapa diri kita, siapa kawan-kawan kita. kalau dah sibuk couple, ada korang ingat kawan-kawan? ada masa nak lepak bersama?

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
kalau dah couple mesti tak lekat kat rumah kan? sekurangnya kalau jadi single, kita akan lebih banyak masa akan dihabiskan di rumah bersama keluarga. apa salahnya tolong ibu dan bapa dirumah, buat aktiviti bersama untuk eratkan lagi hubungan kekeluargaan? ada sentimental value yang tersendiri.

4. Kaut keuntungan dengan part-time
dah banyak sangat masa sebab takde couple untuk dating, mana tahu kita boleh kerja part time kan? tak pun cari side income lain dari kerja-kerja yang boleh dibuat dari rumah je ke? business apa-apa ke. blogging pun boleh lepas tu kenal kawan-kawan baru kalau pergi gathering ke mana-mana. mana lah tahu masa ni lebih ramai kenal kawan yang sama minat dengan kita?

5. Jimat kos
yang ni memang tak dapat disangkalkan lagi. kalau dah single serius kos hidup tak meninggi. cuma fikir kalau berdating setiap hari tak ke kos meningkat? nak kena bawak pasangan keluar makan, tengok wayang, duit minyak kereta lagi, shopping lagi, hadiah anniversary la hadiah hari jadi la macam-macam. bila dah single, kita boleh jimat kos dan simpan duit yang leih tu untuk kegunaan masa hadapan. boleh belanja untuk keinginan pelik-pelik seperti melancong bersama kawan-kawan, beli handphone baru, laptop baru, iPad ke apa kan?

6. Kurang beban tanggungjawab
kalau dah single, sememangnya akan kurang sedikit beban. tak perlu risau nak jaga hati pasangan ke, kawan-kawan si dia ke. tak perlu risau juga tentang penerimaan keluarga. lepas tu kalau dah single ni, memang takde beban nak pujuk pasangan merajuk atau pening pikir hari-hari nak bergaduh ke apa. apa yang penting, tanggungjawab untuk diri sendiri. semua keputusan terletak pada tangan kita sendiri.


nota kaki: heh, aku SINGLE ke? bai.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 31